Friday, December 17, 2010

Imej Mahkamah Syariah Perlu Dijaga - Jamil Khir

Imej Mahkamah Syariah Perlu Dijaga - Jamil Khir
KUALA TERENGGANU: Penjawat Mahkamah Syariah perlu menjaga tingkah laku, sahsiah dan akhlak mereka selaras dengan imej dan nama baik agama Islam yang diwakili institusi erkenaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
"Suka atau tidak, sebagai penjawat Mahkamah Syariah, masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza terhadap kita, berbanding pandangan terhadap anggota masyarakat yang lain," katanya dalam teks ucapan yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu, Khazam Che Mat pada majlis perasmian Sukan Mahkamah Syariah Malaysia di sini Jumaat.
Turut hadir ialah Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Tan Sri Ibrahim Lembut dan Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia Dr Mohamad Naim Mokhtar.
Jamil Khir juga berkata sukan di kalangan kakitangan Mahkamah Syariah bukan sekadar untuk tujuan rekreasi dan kecergasan semata-mata, malah diharap dapat melahirkan warga kerja Mahkamah Syariah yang bertanggungjawab, dinamik dan cemerlang.
Temasya Sukan Mahkamah Syariah Malaysia kali pertama dwitahunan itu melibatkan lapan acara dan disertai 623 pegawai dan kakitangan Mahkamah Syariah seluruh negara selama tiga hari. - BERNAMA

Jaga imej Mahkamah Syariah - Jamil Khi

17/12/2010 8:17pm

KUALA TERENGGANU 17 Dis. — Penjawat Mahkamah Syariah perlu menjaga tingkah laku, sahsiah dan akhlak mereka selaras dengan imej dan nama baik agama Islam yang diwakili institusi berkenaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
"Suka atau tidak, sebagai penjawat Mahkamah Syariah, masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza terhadap kita, berbanding pandangan terhadap anggota masyarakat yang lain,” katanya dalam teks ucapan yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu, Khazam Che Mat pada majlis perasmian Sukan Mahkamah Syariah Malaysia di sini hari ini. — Bernama

Wednesday, December 8, 2010

Lokasi shopping di Kuala Terengganu

Ini bukan iklan tetapi buat penyedap mata pengiring kontiijen masing2

Pasar Payang
Macam-macam ade, ada krepok, dodol dll
Yang ni tempat baru betul-betul depan Pasar Payang.

Dimanakan Bazar Warisan - cari kain batik & songket..

TENTATIF MAJLIS PENUTUP

TENTATIF MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA MENTERI BESAR TERENGGANU & MAJLIS PENUTUP
SUKAN MAHKAMAH SYARIAH KALI-KE-1 2010
KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR, SRI IMAN KUALA TERENGGANU
19 DISEMBER 2010


Masa Aturcara Majlis

8.00 pm - Ketibaan Peserta SMS1 dan Tetamu Jemputan
8.20 pm - Ketibaan Dif-Dif Kehormat VIP / VVIP
8.30 pm - Ketibaan YAB Dato’ Seri Hj. Ahmad Bin Said
Menteri Besar Terengganu
- Nyanyian Lagu Negaraku
- Bacaan Doa & Makan Malam
- Persembahan Iringan
- Ucapan Aluan oleh YAA Tan Sri Ibrahim Lembut Ketua Hakim Syarie/
Ketua Pengarah JKSM
- Ucapan oleh YAB Dato’ Seri Hj. Ahmad Bin Said Menteri Besar
Terengganu
- Penyampaian Cenderahati kepada Agensi Terlibat dan Hadiah
Kontinjen Terbaik serta Johan Keseluruhan SMS1
- Penyampaian Cenderahati kepada YAB Dato’ Seri Hj. Ahmad Bin Said,
Menteri Besar Terengganu
10.30 pm- Majlis Bersurai